Motivasi adalah sesuatu yang dapat memberikan dorongan, input positif, dan memberikan semangat untuk melakukan sesuatu yang telah dirancang dan ingin dicapai.

Pernah dengar Qoute di atas ni? Dan bagi Ebby ianya exactly right. Apa yang kita buat hari ini, apa keputusan kita hari ini akan menentukan masa depan kita.
Pernah tak dengar ayat “nak tahu perjalanan hidup kita akan datang, kena tengok dengan siapa kita berkawan hari ini”
Kebanyakan orang yang berjaya akan berkawan dengan orang yang ingin berjaya dan positif. Mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin berjaya dan tidak suka beri alasan. Walaupun hanya berkawan di media sosial, mereka tetap akan memberi kesan terhadap hidup kita. Jika rakan kita adalah seorang yang positif, kita sebenarnya juga seorang yang positif. Orang yang positif ini juga akan memberi kita motivasi yang kuat kenapa kita perlu berjaya berbanding kebanyakan orang memandang negatif terhadap usaha kita untuk berjaya.
Selain itu, mereka juga lebih gemar menggunakan perkataan akan meningkatkan motivasi kita dan orang lain. Orang yang berjaya sering bercakap berkenaan masa hadapan. Tetapi orang yang gagal sering bercakap tentang perkara yang sudah lepas.

Akhir kata, berkawanlah dengan orang yang positif. Ubah diri kita dan capailah kejayaan. Dengan sendiri kita akan menjadi ‘magnet’ kepada orang yang berjaya. Mejaga motivasi adalah satu cabaran kepada diri kita tetapi menggunakan tips dan bermotivasikan diri dengan kata-kata motivasi akan dapat mempertahankan semangat dan fokus untuk terus mencapai kejayaan.
Jom Makan Vitamin Shaklee Percuma dengan Cash Rebate Dari Shaklee!