Belum terlambat untuk kami family B’Rich Team dan Shaklee Family mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Dan Batin buat semua.

Dari kami #teamrayaTerengganu. Psst: Ramai yang tegur baju ni kan? Baju ni from Luvla boleh register account dan masukkan pada ruangan sponser tu nama ebbymohfat untuk dapat diskaun dan point🤭

Apalah makna musim perayaan tanpa makanan kegemaran kita seperti rendang, lemang, sate, kuah kacang dan pelbagai jenis kuih? Bagaimanapun, kesan selepas itu yang membuatkan kita tidak selesa.

Sini ebby share 7 Tips Makan Sihat di Hari Raya bersama Shaklee almaklumlah tahun ni kita dapat beraya dengan meriah walau seadanya kan? Makan-makan pulak umpama satu perkara wajib di musim perayaan ni. Makan berpada-pada dan kena jugak beringat untuk kesihatan badan kita.

  • Lebihkan Air Kosong – Salah satu tips mudah tapi ramai yang susah nak amal ialah lebihkan air kosong. Now cuaca pon panas terik. Jadi dengan air manis sebenarnya tak membantu untuk menghilangkan dahaga juga. Rajinkan minum air kosong. Air kosong tiada kalori dan bagus untuk sistem badan termasuk sistem penghadaman dan metabolisme badan. Bila dah terbiasa minum air kosong lama secara tak langsung dapat kurangkan air manis.
  • Elak Minum Minuman Manis – Cuba elakkan atau kurangkan minum minuman manis atau bergas. Semuanya mengandungi kandungan gula, perisa dan pewarna yang tidak bagus untuk kesihatan badan. Ia membuatkan kita mudah kenyang dan juga mudah merasa lapar kembali. Mungkin agak susah untuk berhenti tetapi kita cuba elakkan dan kurangkan kuantitinya supaya dapat kawal daripada mengambil dalam kuantiti yang banyak. Amalkan minum air kosong.
  • Kawal kuantiti makanan – Seeloknya cuba kawal jumlah hidangan. Boleh ambil dalam jumlah yang sedikit supaya dapat rasa semua jenis hidangan. Sekadar buat rasa lepas syarat.
  • Jauhkan dari makanan – Bila selalu tengok makanan memang boleh mendorong nafsu makan terutama bila musim perayaan, ada pelbagai juadah raya. So, cara terbaik cuba jauhkan diri dari tengok makanan. Elak hunting “open house” lepas makan terus beredar dari tempat hidangan makanan / meja makan / dapur
  • Lebihkan pengambilan protein – Protein ni yang paling ramai terlupa bila tiba musim perayaan. Tahu tak? bila seseorang cukup pengambilan protein dapat membantu mengurangkan selera makan, mengurangkan rasa lapar, dan mengurangkan paras hormon ghrelin dan meningkatkan hormon kenyang. Jika jenis kuat makan, cuba minum protein waktu pagi sebelum makan pada hari raya. Akan rasa lebih kenyang lama dan kurang nak makan macam-macam. Atau jika ada pergi rumah terbuka raya, minum dulu protein shake sebelum beraya. Bila dah kenyang, automatik tak rasa nak makan banyak.
  • Minum teh hijau, matcha, roiboos dan seangkatan dengannya – Teh hijau sangat popular untuk mereka yang nak kurus dan mengawal makan. Boleh amal minum sebelum makan, sebelum jalan beraya atau sebelum pergi rumah terbuka untuk mengawal selera makan. Teh hijau juga membantu meningkatkan pembakaran lemak. Macam ebby, ebby pilih Cinch Tea Mix gabungan 4 jenis teh (White Tea, Red Tea, Matcha Tea and Roibosbos Tea) Korang juga boleh cuba Tea Mix ni. Banyak manfaat untuk badan kita termasuk bantu mengawal craving macam-macam.
  • Puasa Enam – Buat Puasa Sunat Syawal (Puasa Enam) Ini salah satu cara terbaik untuk makan secara sihat dan mengawal berat badan. Bukan saja dapat pahala lebih, tapi berpuasa juga membantu kita untuk banyak bersabar dan mengawal nafsu makan. Boleh minum set puasa 1-2-3 semasa sahur untuk membantu memberikan rasa kenyang dan bertenaga semasa berpuasa.
Nikmati Hidangan Raya Tanpa Rasa Bersalah

Terlalu Banyak Makanan Berminyak – Lecithin Lesitin soya memecahkan lemak kepada molekul halus untuk penghadaman, maka mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan. Ia membantu dengan memecahkan lemak kepada asid lemak untuk menggalakkan badan menggunakannya sebagai bahan tenaga dan bukannya menyimpan lemak berkenaan dalam tisu.

Makan Berlebihan? Bantu Hati Untuk Tanganinya – DTX Bantu tubuh anda menyingkirkan toksin untuk mengembalikan dan mengekalkan kesihatan hati anda menggunakan formulasi herba yang bermanfaat seperti ekstrak biji milk thistle, cendawan reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok.

Rasa Tersekat? – Herb-Lax Seringkali, kita akan mengabaikan pengambilan serat dan air secukupnya terutama ketika musim perayaan ini. Jangan risau, kerana Herb-Lax adalah campuran proprietari yang termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. Ia juga membantu melegakan sembelit ringan yang disebabkan pengambilan serat dan air yang rendah.

Rasa Lesu Selepas Makan Kenyang?CoQ-Trol Plus Tingkatkan tenaga anda dengan mengoptimumkan fungsi sel dan menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semula jadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. Ia juga dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan optimum.

Perlukan Bantuan untuk Detoks?Alfafa Complex Digelar sebagai “Bapa kepada segala makanan”, alfalfa adalah gudang yang menyimpan kira-kira 300 jenis nutrien. Ia kaya dengan kandungan serat penghadaman dan enzim yang menjalankan fungsi badan. Beberapa kajian klinikal mendapati bahawa alfalfa menggalakkan pergerakan usus yang sihat dan sistem penghadaman yang sihat.


Itulah 7 Tips + 1 Bonus Tips Raya Dengan Shaklee. Memang ada yang rasa agak sukar nak mula buat tapi sekurangnya kita dah tahu dan boleh cuba untuk buat. Apapun Ebby nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Mohon Maaf andai tersalah kata sepanjang menulis coretan di sini. Moga semua sihat dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang. 🙏🏻

Raya Bergaya semestinya dengan Shaklee

Mesti korang jugak nak Raya Dengan Shaklee kan dan jika berminat untuk mendapatkan set di atas dengan Ebby boleh hubungi hubungi EBBY!

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. Dapatkan Vitamin Terbaik Malaysia semestinya dari Ebby.
DAFTAR AHLI SINI

By EbbyRich

Seorang isteri dan ibu kepada 4 orang puteri dan seorang putera yang ingin membantu orang ramai untuk membantu lebih ramai orang untuk lebih sihat disamping menjana pendapatan bersama-sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *